Followers

Thursday, February 28, 2013

hye , entri yang baru kali ni fyza nak cerita sikit pasal cuti tahun baru cina minggu lepas . ok , ringkas fyza ikut someone ni balik kampung dia dekat johor . ok , first time memang cuak , mestilah kan ? pergi rumah family orang , family kita or kawan kita tak ada pulak nak temankan kita . harapkan orang yang kita ikut tu jelaa . menggelabah tak usah cerita lah . . just pura-pura 'cool' je masa tu ( MALULAH KALAU DIA BACA NI! ) ok , sampai je rumah dia dah malam , dalam pukul 10 macam tu lah lebih kurang . sampai je , family dia memang dah tunggu siap siap ah , yang fyza pulak , dah mabuk naik bas , lembik kau . . haha . sampai je , mandi terus tidur . besoknya pulak , awal kot fyza bangun , tak pernah bangun awal macam tu kat rumah sendiri , yelaa rumah orang kan ? dalam pukul 7 , fyza dah bangun , tpi tak tau nak buat apa . just duduk jelaa . nak tolong apa yang patut kat dapur pun macam kekok je lagi , dalam erti kata lain , TAKUT . haha ... samapai je kampung dia , hujan tak henti henti , so aktiviti just dalam rumah , borak , kenal si dia dengan lebih dalam , family dia .. sampai lah ari ke 3 macam tu lah , baru lah dapat keluar jalan jalan . jalan jalan kat bandar , tapi yang paling aku suka ikut dia pusing satu kampung dia ni . . SERIUS , ada sawah padi .. tengok dia memancing , main kat air , , makan tebu , sumpah seronok . even kalau ada lagi peluang ikut dia balik sana , fyza nak aje .. sebab ada satu je tak dapat lagi , nak masuk betol betol dalam parit tu . hahaha . tapi dia tak bagi , dia kotor lah , macam -macam .. masa seminggu dengan dia , baru lah fyza dapat kenal diri dia dengan dalam . nampak lah kasih sayang dia kat fyza tu macam mana . sampai kan adik sedara dia pun cakap kitorang SWEET COUPLE , haha . betul ke ? banyak enda yang kitorang harungi , dari mulut orang , macam-macam lah . nasib baik lah dia ni , sabar dengan kerenah fyza kan ? sekarang bila dah jarang jumpa dia , terasa sunyi malam . yelaa , dulu masa cuti dengan dia , malam je duduk berborak dengan dia . ada je benda kitorang boleh bincangkan even benda tu tak ada kena mengena pun dengan kitorang . kan b ? :) hope , lepas ni ada lagi peluang macam ni , hope jugak dia yang terakhir untuk fyza . hah , lupa lah , dalam lepak-lepak dengan dia , fyza paling suka dia nyanyi satu lagu ni tau , ADA BAND-NYAWA HIDUPKU . perghhh , memang terbaiklah .... hehe , ok lah , sampai sini dulu lah entri fyza kali ni , lain kali fyza update lagi ye ? :) nak tau ke siapa si dia tu ? tak payah lah , hehe . . ok lah , nama dia MOHAMAD HILMIE aka AMMME :) *malam takde keje lepak ngan dia , buad ni lah . special untuk dia tau . hehe
nota tangan cincai

Thursday, December 20, 2012

suka manisan tak ?

assalammualaikum , entri kali ni fyza nak cerita pasal coklat , atau kata lain dia manisan lah . . siapa lah yang tak suka makan coklat kan ? walaupun sikit , mesti antara kita ada makan juga kan makanan ni ? salah satu tempat yang fyza paling suka kalau nak carik coklat atau gula-gula mesti lah candylicious .kedai ni ada banyak cawangan , dekat KLCC ada , tapi fyza selalu pergi yang kat ONE UTAMA ,sebab dekat dengan tempat fyza . hihi ..tapi , ada juga cawangan di luar negara , contoh singapura , abu dhabi , banyak lagi.. kat candylious ni , ada banyak pilihan coklat yang fyza suka ,yang kita jarang dengar pun banyak . pilih je kalau dah datang sini . lagi satu fyza suka datang sini sebab , tempat ni berwarna-warni , kalau kanak-kanak mesti suka datang sini , boleh mengimbau kenangan zaman kanak-kanak tau . hihi ,, tak percaya , cuba korang tengok gambar yang fyza cari dekat google . . insyaallah , fyza nak datang lagi kat sini dengan orang yang tersayang pulak , ehemm ehemm ~ :p
unik kan ?

nota tangan cincai

Saturday, August 11, 2012

kegirangan hati saya

hye guys , lama tak update blog :) . .pejam celik dah semester 5 saya . tinggal satu semester je lagi lepas ni INSYAALLAH saya akan tamat belajar . hala tuju lepas ni , adakah saya akan menjadi staff nurse ? isteri orang or sambung belajar untuk penuhi cita cita saya pula , fotografi ? ouh , ari tu jalan jalan ke mid valley dengan vivian dan amie , nampak satu kamera ni , ya allah , tak tau lah kenapa tiba tiba jatuh hati pada kamera ni , nak tengok ke kamera apa ? nahhh
cantik , apa apa pun , saya mesti habiskan study saya dalam cos jururawat dulu . dalam masa seminggu je lagi dah nak raya , sedihnya raya kali ni dapat beli baju pun masa malam raya , selalu seminggu sebelum raya dah ada baju raya dah . . dalam kekalutan tengok kamera , sempat lah gak snap gambar dengan budak dua orang ni , nahh
terima kasih sebab baca entri kali ini , dengan blog yang serabot , haha <3 entri yang lain akan menyusul lepas raya , ;)
nota tangan cincai

Saturday, January 7, 2012

saya dan mereka

dah lama rasanya tak update blog , bukan apa tak ada idea sekarang ni . . ok , posting untuk sem 3 dah tamat . . jadi no more BENTONG untuk saya . . haha , nice kan ? tapi mengenangkan final dah dekat , seram pulak . . ayah dengan mak memang letak harapan penuh suruh saya dapat pointer 3 ke atas , masalahnye boleh ke saya capai ? stress . . sampai rasa nak hantuk kan kepale kat dinding je ni !
dalam diam , dah 3 sem aku lepas . . macam tak percaya . . dalam kecoh nak berhenti , alhamdulillah semua berjalan dengan lancar . . JUWIETA , kau memang gila - gilakan sayang ~

ok , ramai cakap aku dah berisi , serius kena kuruskan badan lepas nih . . doakan saya ye !




ni lah aksi gila - gila kami di summit , ,



*konon comeyy lah ni . haha


*saya rindu adik - adik saya ~



*wish me luck untuk exam nanti yee ! mana tahu mybe saya akan jadi salah seorang nurse yang
akan merawat anda suatu hari nanti . . woowoott ~





#kredit to myself <3
nota tangan cincai

Sunday, December 4, 2011

imbas balik

wee ~ aku dah terjumpa balik pic ni masa sekolah ni , bapak buruk gile aku dulu wey . . macam ape entah . . memang banyak perubahan aku dalam 3 tahun ni , mana tahu ,lagi 5 tahun aku akan mengalami perubahan drastik ( jadi mak orang ) hehe ~
muka budak sekolah , sekarang dah cun semua ni ,kan *kredit too salihin sebab amek pic ni mase jamuan akhir tahun

anugerah remaja perdana *sweet gila , aku sorang yang agak pemalu . haha

sorry pic ni memang dah tak boleh nak besa lagi *
budak2 5 sigma yang memang terbaik lah , walaupun kita kelas yang hampir last , tapi semngat KENGKAWAN tu mang terbaik derr ~

last pic aku mase kecik , comel lagi kan ? haha . . ( perasan sudah )


rindu kat adik2 aku , dah jumpa gaduh lak <----- yang ni ayat mak aku selalu guna kalau kitorang gaduh , hehe


masa darjah 3 . . wee ~ <3


nota tangan cincai

Saturday, October 8, 2011

7 tips kekalkan hubungan


7 tips untuk kekalkan hubungan bagi yang sedang
bercintan-cintun. Ia bagi mengelakkan sebarang
pemasalahan dalam hubungan korang:

1. ELAKKAN DARI BERPRASANGKA
- Jika sedang 'hot', tak bermakna si dia sedang
marahkan kamu.Atau,jika si dia tidak pernah
mengungkap kata cinta,bukan bermakna si dia
tidak cintakan kamu.Mungkin ia ada cara
tersendiri untuk pamerkan kasih sayangnya.So jgn
paksa si dia mengungkap sayang/cinta kpd
kamu.Cinta tidak hanya diungkap dibibir,cara dan
tingkah laku saja cukup memandai untuk
gambarkan perasaan si dia kepada kamu.

2. LINGKUNGAN KEHIDUPAN
-Walaupun dah ada kekasih,tak bermakna
kamu harus lupakan dunia kehidupan kamu
sebelum ini.Kamu harus tetap jalani seperti
biasa,cuma ia di serikan dgn kehadiran si
dia.Jangan tinggalkan aktiviti/hobi/sukan yg kamu
suka lakukan sebelum ini,semata2 mahu bersama
dgn si dia.Ini tidak memberi keseimbangan masa
untuk teman2 mahupun keluarga.

3. BIARKAN SI DIA TENTUKAN HALA TUJU
HIDUPNYA
-Jgn bersikap 'queen/king' control.Biarlah si dia
lakukan apa yang disukainya sekali-sekala jika ia
tidak mendatangkan keburukkan.Cuba bertolak-
ansur dalam sestengah perkara.Walaupun kamu
tidak suka. (cth:menemani si dia bershopping,
menonton bola sepak).Sekali-sekala cuba kamu
turuti/selami apa yang disukainya.

4. JANGAN BANDINGKAN DIA DENGAN
ORANG LAIN
-Setiap pasangan mahukan kesempurnaan
dlm perhubungan.Oleh itu masing2 harus
berfikiran terbuka.Yang penting jangan
bandingkan si dia dengan bekas kekasih or
dengan sesiapa pun.Walaupun dari segi
percakapan,perangai,perlakuan,pakaian,dan
apa2 lagi.Fikirkan cara yg tidak akan menyakiti
hati si dia jika kamu ingin atau mahu
mengubahnya.Seharusnya terimalah keadaannya
seada2nya dan jgn harapkan sesuatu yg di luar
kemampuannya.

5. LAKUKAN YG TERBAIK
-Fikirkan yg terbaik untuk diri kamu dan jangan
paksa untuk menyukai sesuatu yang kamu tidak
suka.Jangan hanya kerana mahu mengambil hati
si dia,kamu tetap memaksa diri
menyukainya.Hipokrit tu!! Bukan itu saje,,jangan
lekas tunduk dengan kemahuan si dia.Bukan
semua kemahuannya kamu mampu
laksanakan.Kena tengok juga pada kesesuaian
dan keikhlasan kamu juga.Bahaya jika kamu turuti
sesuatu kemahuan yang diluar batasan.Dan tentu
hati si dia tersinggung jika si dia mendapat tahu
apa yang kamu lakukan tidak jujur dan tidak ikhlas.

6. JANGAN CUBA UBAH SI DIA
-Apa perasaan kamu jika si dia mahukan kamu
berubah mengikut cita rasanya? Begitu juga si
dia,,jangan sekali-sekala kamu cuba mengubah
kehendaknya agar sama denagn kehendak
kamu.Biarlah dia dengan caranya dan kamu
dengan cara mu.Cuba bersikap jujur dalam
perhubungan.Setiap manusia mempunyai
hak,minat, dan pengetahuan tersendiri.Jika si dia
mempunyai sebarang kekurangan tentang
sesuatu cuba terangkan dengan baik agar si dia
terasa dia perlu lakukan sesuatu yang dia tidak
pernah tahu.Jangan memaksa jika si dia berhenti
lakukan perubahan kerana ini boleh jadikan
pertengkaran.Cuba ambil masa dan bantu si dia
jika si dia mahukan perubahan.

7. LUAHKAN APA YANG KAMU RASA
-Jangan sesekali sembunyikan apa yang kamu
rasa.Ini akan buatkan kamu berasa 'stress'.Jika
tekanan ini berlarutan,ia boleh terjebak dalam
pertengkaran.Segala ketidak puasan hati akan
keluar.Ini lebih bahaya.Tanpa komunikasi yang
baik,hubungan akan menjadi hambar.Setiap
pasangan harus bersikap terbuka dan jangan
berperasaan negatif.Cuba berbincang untuk
menyelesaikannya.Tidak kira la secara face to
face,telifon atau secara online.Ini dapat
memuaskan hati kedua2 pihak jika ada sesuatu
yang tidak diingini.Cuba dengar pendapatnya dan
jangan membangkang jika tidak mempunyai
alasan yang kukuh.
nota tangan cincai